NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangkitan beguk: Dua sekolah di Selangor ditutup sementara



BANGI, 26 Safar 1440H, Khamis – Kementerian Kesihatan mengarahkan dua sekolah berasrama penuh (SPB) di Selangor, selepas jangkitan penyakit beguk semakin meningkat.

Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan SBP Integrasi Gombak, diarah ditutup mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, jangkitan beguk direkotkan sejak awal Oktober selepas 36 pelajar SMAP Kajang diberi rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang.

"Seiring itu, Notis Penutupan Bersyarat dikeluarkan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat pada 12 Oktober 2018," katanya.

Pihak sekolah kemudian mengarahkan murid Tingkatan 1, 2 dan 3 untuk pulangmulai 12 Oktober sehingga 26 Oktober manakala murid Tingkatan 4 pada 12 Oktober sehingga 16 Oktober 2018 bagi tujuan kuarantin.

Kontraktor Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) mula melakukan pembersihan disinfeksi pada 12 sehingga 14 Oktober 2018.

Bagaimanapun, PKD Hulu Langat mengeluarkan notis baharu iaitu Notis Perintah Tutup Premis pada 23 Oktober sehingga 9 November ini apabila satu kes beguk dicatatkan pada 23 Oktober 2018.
Sementara itu, 15 murid SBP Integrasi Gombak dirujuk ke Klinik Kesihatan Gombak, Selangor pada 23 Oktober lalu.

Tindakan kawalan jangkitan wabak dan pembersihan disinfeksi dibuat pada 19 sehingga 21 Oktober 2018, manakala Notis Perintah Tutup Premis dikeluarkan oleh PKD Gombak pada 24 Oktober sehingga 9 November depan.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/10/25/jangkitan-beguk-dua-sekolah-di-selangor-ditutup-sementara/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo