NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hassan Azhari Sudah Tiada



Tokoh agama, Tan Sri Hassan Azhari, 90, meninggal dunia akibat kanser limfoma pada jam 5.07 petang Sabtu di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Allahyarham dimasukkan ke HKL Ahad lalu selepas disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat.

Beliau pendidik terkenal dalam rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM selain menjadi individu yang melaungkan azan ketika kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Allahyarham turut melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Hassan juga adalah hakim Pertandingan Tilawah al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara iaitu hampir 46 tahun.

Tiga anak lelakinya dikenali ramai iaitu Musa, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang Datuk Fuad Hassan dan pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan.



Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo