NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon Bebas buat laporan polis berhubung kempen Anwar


IKHWAN IDERIS - Kosmo
08 Oktober 2018

PORT DICKSON - Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Stevie Chan Keng Leong membuat laporan polis berhubung kempen calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melanggar peraturan pilihan raya.


Beliau mendakwa, kempen Anwar di Port Dickson melanggar Seksyen 10 (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berkaitan dengan penyogokan.

"Pada 30 September lalu dalam ceramah perdana di Sri Tanjung dekat sini, Anwar memberitahu hadirin beliau telah memperoleh tiga program untuk rakyat Port Dickson iaitu projek pelancongan lima bintang, program latihan penerbangan dan program pendidikan.

"Pada 4 Oktober lalu, Anwar melancarkan program tuisyen dalam laman web percuma dan laman web pdtuition.com jelas menyatakan ia ditaja Anwar serta mendapat liputan meluas media," katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di sini tengahari ini.

Keng Leong berkata, beliau bagaimanapun belum membuat laporan berhubung dakwaannya itu kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

PRK Port Dickson pada 13 Oktober ini menyaksikan pertarungan tujuh penjuru antara Anwar; calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk Keng Leong dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad. - K! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo