Bakal diharamkan, Umno tidak perlu pembaharuan




SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berpendapat Umno tidak perlu mempunyai hala tuju baharu kerana parti itu bakal diharamkan oleh kerajaan.

Ini kerana katanya, ketika bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa di mahkamah atas tuduhan salah laku, Umno dikaitkan dengan pertuduhan menerima RM20 juta daripada akaun Najib.

Katanya, undang-undang dengan jelas mengatakan mana-mana pertubuhan yang menerima dana berupa wang atau lain-lain dari sumber haram atau meragukan sifatnya, maka pertubuhan tersebut boleh diharamkan di sisi undang-undang.

“Persoalan yang timbul walaupun di sudut undang-undang tidak relevan, Umno tidak mengetahui dari mana sumber wang RM20 juta itu tetapi fakta jelaskan menunjukkan wang tersebut dari akaun Najib yang merupakan Presiden Umno

“Alasan Umno tidak boleh haramkan kerana tidak tahu sumber wang itu sama ada haram atau halal tidak timbul sama sekali kerana Najib tahu asal usul wang tersebut.

Peguamnya, Tan Sri Shafie Abdullah juga telah diheret ke mahkamah atas kelakuan menerima wang RM9.5 juta dari Najib, dari sumber yang sama,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Disebabkan itu katanya, beliau melihat Umno akan diharamkan sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan bahawa wang yang masuk dalam akaun Najib adalah dari sumber yang meragukan dan haram pada sifatnya.

“Sebab itu saya katakan Umno tidak perlukan hala tuju baharu mahupun penjenamaan baharu kerana ia akan diharamkan dan tidak boleh diaktif semula.

“Ini berbeza dengan Umno dibatalkan pendaftarannya seperti berlaku sebelum ini. Dibatalkan pendaftaran maka tindakan selanjutnya mendaftarkan semula Umno. Diharamkan mengikut undang-undang tidak boleh dihidu kan semula dan semua aset Umno akan jadi milik negara,” katanya.

Jadi katanya, langkah terbaik Umno adalah mencari jalan supaya pengharaman itu tidak berlaku atau meneruskan perjuangan parti dengan nama lain sekiranya parti itu diharamkan.

“Perjuangan mesti diteruskan. Ombak mahupun ranjau itu perkara biasa, Jangan menyerah biarpun kapal berubah namun destinasinya tetap sama untuk agama bangsa dan negara,” katanya.

[30-9 3:18 PM] #JohoRespondTeam🇲🇾🇧🇳: http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/bakal-diharamkan-umno-tidak-perlu-pembaharuan-1.885747#.W7B4jgli3GY.whatsapp
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget