NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aset Felda dijual bagi kurangkan hutang RM8 bilion - Azmin Ali




KUALA LUMPUR, 6 Safar 1440H, Isnin – Felda akan menjual aset-aset bukan strategiknya sebagai langkah memulihkan kewangan badan berkenaan bagi mengurangkan beban hutang yang kini berjumlah RM8 bilion.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, aset-aset bukan strategik yang dikenal pasti untuk dijual terletak di Sabah, Sarawak serta London.

"Penjualan itu dijangka menyumbang sebanyak RM2.2 bilion kepada agensi berkenaan. Melalui kaedah ini Felda dijangka mengurangkan hutang sebanyak 15 peratus kepada RM6.8 bilion pada akhir tahun ini.

"Walaupun aliran tunai Felda kritikal, namun kerajaan akan terus komited untuk memulihkan kewangan Felda dalam tempoh dua tahun," katanya pada sesi sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang bertanya apakah benar aliran tunai Felda hampir kosong dan langkah yang akan diambil kerajaan untuk memastikan nasib peneroka terbela.

Azmin berkata, langkah menjual aset-aset bukan strategik berkenaan dapat menampung sebahagian daripada komitmen Felda kepada 112,635 peneroka.

Katanya lagi, komitmen untuk memulihkan FELDA secepat mungkin demi kesejahteraan peneroka-peneroka selaras dengan matlamat penubuhan FELDA di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo