NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukan anda...Apa sebenar berlaku kes sebatan syariah yang menjadi kecoh 1Malaysia?




Ini kisah sebenar kes lesbian disebat di Terengganu yang ramai tidak tahu

Siapakah pesalah?

Dua wanita berumur 24 dan 32 tahun. Seorang berasal dari Terengganu, seorang lagi dari Pahang.

Bila dan di mana mereka ditangkap?

8 April 2018. Di parkir Arena Merdeka, Dungun, Terengganu.

Pada jam berapa?

1.50 tengah hari.

Di manakah mereka ketika itu?

Dalam kereta bercermin gelap, di tempat duduk belakang.

Apakah yang ditemui ketika ditangkap?

1.Seluar dalam milik pasangan (dipercayai ditanggalkan)

2.Alat sulit tiruan lelaki yang disorokkan di bawah kerusi pemandu.

Apakah yang dilakukan mereka ketika itu?

Mereka berada di kerusi belakang sedang asyik berasmara.

Mereka didakwa atas akta apa?

Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Seksyen 30:

Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah (persetubuhan diantara perempuan dengan perempuan) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu”

Seksyen 59. Percubaan.

(1) Mana-mana orang yang cuba-
(a) melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubung dengan Hukum Syarak; atau

(b) menyebabkan kesalahan itu dilakukan,

dan dalam percubaan itu melakukan apa-apa perbuatan ke arah pelakuan kesalahan itu hendaklah, jika tiada peruntukan nyata dibuat oleh Enakmen ini atau undang-undang bertulis lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi hukuman percubaan itu, dihukum dengan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Apakah tertuduh mengaku?

Mereka mengaku salah.

Adakah diberi peluang merayu?

Diberikan 14 hari untuk merayu tetapi tidak berbuat demikian.

Apakah hukuman yang dijatuhkan?

Setiap seorang enam sebatan dan denda RM3,300

Adakah sebatan dilakukan secara terbuka?

Tidak, ia dilakukan dalam kamar tertutup.

Dimanakan sebatan itu dilakukan?

Di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Adakah orang awam dibenarkan menyaksikan sebatan?

Ya.

Berapa orang awam menyaksikan sebatan tersebut?

100 orang terdiri daripada wakil media, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil persatuan peguam.

Adakah ini kes pertama sebatan disaksikan oleh orang awam di dalam kamar mahkamah?

Tidak. Sebatan syariah tertutup pernah dilakukan di negeri lain. Ini cuma kes pertama lesbian disebat, dan pertama kali dilakukan di negeri Terengganu.

Adakah sebarang rakaman dibenarkan ketika sebatan dilakukan?

Tiada sebarang rakaman dibenarkan. Kamera dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk dalam kamar mahkamah.

Adakah sebatan syariah sama kuat ayunannya dengan sebatan sivil sehingga kulit luka dan terkoyak?

Tidak. Sebatan syariah tidak mencederakan. Ia lebih bertujuan mendidik. Antara peraturan yang ditetapkan ialah orang yang melaksanakan sebat hendaklah menggunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukai kulit pesalah dan bagi pesalah wanita hendaklah dilaksanakan dalam keadaan pesalah duduk.

Berapakah lama masa diambil untuk kedua-dua pesalah tersebut disebat?

Dalam enam minit.


Kredit
© Buletin TTKM, 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo