NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shareena Sheriff Biadap, Mengatakan Islam Adalah 'Penyakit' MAIS perlu ambil tindakan



SHAREENA SHERIFF BIADAP, MENGATAKAN ISLAM ADALAH 'PENYAKIT', MAIS PERLU AMBIL TINDAKAN .

Oleh: PENDIDIK
Tarikh: 5 September 2018/23 Zulhijjah 1439H.

Segamat, 22 Zulhijjah 1439 (Selasa) - Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK),menyifatkan aktivis Sisters in Islam (SIS), Shareena Sheriff sebagai biadap dan naĆÆf serta menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan apabila mengatakan Islam adalah ‘penyakit @ endemik seperti ditularkan dalam media baru-baru ini.

Presiden Pendidik, Normala Sudirman berkata, Shareena Sheriff adalah seorang yang biadap, provokatif, di samping menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Katanya, PENDIDIK begitu kesal dengan kenyataan tersebut kerana ia secara terang-teranga menghina agama Islam dan secara langsung membina persepsi negatif terhadap agama Islam, di samping boleh mengelirukan penganut bukan Islam di negara ini.

“PENDIDIK memandang serius terhadap golongan ini (SIS) dan seangkatan dengan pertubuhan tersebut yang semakin bermaharejalela dan angkuh memperjuangkan agenda Islam liberal di negara ini, katanya.
Media melaporkan, Shareena dalam suatu forum bertajuk ‘Malaysia Baru: 61 Tahun Selepas Merdeka, Adakah Etnik dan Agama Masih Penting? telah melontarkan persepsinya bahawa Islam telah menjadi satu endemik yang memberi kesan kepada hampir semua aspek pentadbiran, perundangan dan badan eksekutif negara. Di mana, ia cuba memberitahu tahu, keadaan ini menyebabkan usaha untuk memisahkan Islam daripada fungsi kerajaan sekarang ataupun dalam masa terdekat sukar untuk dilakukan.

Kajian ilmiah terhadap fahaman liberal, juga dikenali sebagai “Islam Moderate”, ia merupakan fahaman yang menyimpang dari fahaman Islam yang hakiki, sebaliknya ia merupakan suatu rekayasa musuh-musuh Islam untuk merosakkan bukan sahaja minda bahkan akidah umat Islam serta memporak-porandakan hubungan sesama umat Islam.

Katanya lagi, golongan ini adalah sejenis parasit, jika dibiarkan ia boleh merosakkan masyarakat, termasuk menggelirukan penganut bukan Islam terhadap ajaran Islam yang sebenar ”.

Normala berkata, PENDIDIK menggesa pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil tindakan ke atas Shareena mengikut peruntukkan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor), Seksyen 10, iaitu melarang sebarang perbuatan menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina, mempersenda, mengajuk, atau mencemuh apa-apa amalan dalam agama Islam. Jika sabit kesalahan dia boleh dijatuhkan hukuman didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-dua sekali.

“PENDIDIK mendesak agar memohon maaf secara terbuka atas kebiadapannya mengeluarkan kenyataan tersebut, di samping menggesa Zaid Kamaruddin (IKRAM) memberi penjelasan tentang kewajaran program tersebut mengundang Shareena yang merupakan seorang aktivis SIS, katanya.

Nomala turut menimbulkan kemusykilan berhubung program forum tersebut yang dianjurkan Gabungan Bertindak Malaysia. Di mana, Pengerusi GBM adalah Zaid Kamaruddin, pimpinan utama IKRAM. Justeru, PENDIDIK menggesa Zaid Kamaruddin tampil memberi penjelasan kewajaran Shareena terlibat dalam program forum tersebut.

Forum ‘Malaysia Baru: 61 Tahun Selepas Merdeka, Adakah Etnik dan Agama Masih Penting? telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo