NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sebatan syarak: PAS kesal pendirian kerajaan


PAS melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kabinet berhubung kes rotan yang dijalankan oleh mahkamah Tinggi Syariah di negeri Terengganu. 

Kenyataan kabinet jelas mempertikaikan bidang kuasa mahkamah syariah negeri yang berada diluar bidang kuasa kerajaaan pusat.

2. Pesalah telah mengaku salah dan sedia dihukum sebagai tanda kesal di atas kesalahannya. Mereka diberi peluang untuk membuat rayuan dan mahkamah sedia menimbang rayuannya. Namun mereka tidak merayu dan sedia menerima hukuman.

3. Tindakan melaksanakan hukuman rotan di khalayak ramai adalah selaras dengan perintah Allah dalam Surah An-Nur Ayat 2.

Ų§Ł„Ų²َّŲ§Ł†ِŁŠَŲ©ُ ŁˆَŲ§Ł„Ų²َّŲ§Ł†ِŁŠ ŁَŲ§Ų¬ْŁ„ِŲÆُŁˆŲ§ ŁƒُŁ„َّ ŁˆَŲ§Ų­ِŲÆٍ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُŁ…َŲ§ Ł…ِŲ§Ų¦َŲ©َ Ų¬َŁ„ْŲÆَŲ©ٍ ۖ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ£ْŲ®ُŲ°ْŁƒُŁ…ْ ŲØِŁ‡ِŁ…َŲ§ Ų±َŲ£ْŁَŲ©ٌ ŁِŁŠ ŲÆِŁŠŁ†ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų„ِŁ†ْ ŁƒُŁ†ْŲŖُŁ…ْ ŲŖُŲ¤ْŁ…ِŁ†ُŁˆŁ†َ ŲØِŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŁŠَŁˆْŁ…ِ Ų§Ł„ْŲ¢Ų®ِŲ±ِ ۖ ŁˆَŁ„ْŁŠَŲ“ْŁ‡َŲÆْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØَŁ‡ُŁ…َŲ§ Ų·َŲ§Ų¦ِŁَŲ©ٌ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َ

Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

4. Apakah melaksanakan hukum yang diperintah oleh Allah boleh dianggap zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan? Jangan kita mendahului Allah dan Rasul dalam urusan hidup dunia ini. Firman Allah.

ŲØِŲ³ْŁ…ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ْŁ…َٰŁ†ِ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ِŁŠŁ…ِ ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ Ł„َŲ§ ŲŖُŁ‚َŲÆِّŁ…ُŁˆŲ§ ŲØَŁŠْŁ†َ ŁŠَŲÆَŁŠِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ِŁ‡ِ ۖ ŁˆَŲ§ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ۚ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų³َŁ…ِŁŠŲ¹ٌ Ų¹َŁ„ِŁŠŁ…ٌ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

-Surah Al-Hujurat, Ayat 1

5. Apa yang dikenalkan sebagai hukuman syarak (walau belum menepati sepenuhnya  apa yang diperintah oleh Allah), seringkali dikritik dan dipertikaikan oleh sebahagian umat Islam dengan pelbagai tuduhan sedangkan hukuman tersebut jauh lebih ringan dari sebatan dalam penjara, yang juga ternyata gagal mencegah jenayah berbanding hukuman syarak yang mahu mencegah jenayah dalam masyarakat. 

6. Hukuman ke atas pesalah yang ringan dengan enam kali sebatan syarie tidak langsung menyakiti apalagi mencederakan pesalah. Ia sekadar memalukan dan yang lebih penting ialah ia bertaubat dan memohon keampunan Allah di atas kesalahannya. Bukan sahaja itu, hukum syarak juga mempunyai nilai pencegahan  ke atas masyarakat di mana penyaksian ke atas hukuman itulah nilai pencegahan kepada orang ramai agar tidak melakukan kesalahan yang sama. 

7. Ini berbeza dengan sebatan sivil yang ternyata gagal mencegah perbuatan jenayah kerana ia dilakukan secara tertutup. Kegerunan hanya ada kepada yang melakukan jenayah, bukan bersifat mencegah mereka yang belum atau berhasrat melakukan jenayah.

8. PAS menyeru kerajaan PH memberikan kesempatan kepada negeri-negeri melaksanakan hukum syarak yang berada di bawah bidang kuasa negeri, bukan mempertikaikannya. 

9. Apa yang dikesalkan ialah yang disensasikan dan difokuskan ialah hukuman sebat itu dan bukannya kebimbangan terhadap perbuatan LGBT yang semakin berleluasa meskipun ia sebagai suatu kesalahan jenayah. 

9. PAS merakamkan tahniah kepada Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di atas pelaksanaan hukuman tersebut, dan mendoakan agar pesalah diampunkan dosanya oleh Allah dan mendapat keredhaanNya. 

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli Parlimen Kubang Kerian
Timbalan Presiden PAS
6hb Sep 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo