NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Saya tak terima upah sejak zaman Tun M'



KUALA LUMPUR - Peguam yang mewakili Umno-BN, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa tidak pernah menerima sebarang bayaran sebagai upah mewakili parti komponen itu sejak awal tahun 1990 sewaktu zaman pemerintahan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Shafee, dua bayaran berasingan berjumlah RM9.5 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2013 dan 2014 terpaksa dituntut selepas menghadapi kekangan kewangan untuk membeli hartanah milik rakannya.

Kata Shafee, ketika itu Najib baru mengetahui bahawa khidmatnya selama ini tidak pernah dibayar parti.

"Saya wakili Umno sejak awal tahun 1990 sampai sekarang. Banyak bil yang tidak dituntut untuk kerja guaman saya daripada zaman Tun Mahathir sebagai perdana menteri (keempat) kecuali 'beberapa bayaran kecil'. Umno selalu janjikan bayaran akan dibuat.
"Sekitar Septermber 2013 saya suarakan tuntutan upah kepada Najib dan beliau baru tahu saya tidak pernah dibayar selama ini dan beliau mahu tahu jumlah upah yang perlu dibayar sejak awal tahun 1990 sampai saat itu.

"Saya beritahu beliau jumlahnya tidak kurang daripada RM20 juta tapi saya tak nak minta sebanyak itu. Saya cukup puas hati sekiranya beliau dapat bayar kira-kira RM11 juta bagi kerja 46 fail petisyen pilihan raya bagi tahun 2004 dan 2006," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya lagi, Najib akhirnya bersetuju membayar RM9.5 juta sebagai upah guaman bagi 46 fail petisyen pilihan raya tersebut.

"Saya mesti tekankan di sini, saya difahamkan Najib bertanggungjawab terhadap dana parti seperti amalan parti biasa.

"Tapi saya sememangnya tidak tahu sumber bayaran Najib kepada saya," katanya.


.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo