Ridhuan Tee ingatkan Mujahid supaya tidak jadi ‘mujahat’



BANGI, 15 Muharram 1440H, Selasa – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa supaya meneliti dengan baik ceramah Dr Zakir Naik yang didakwanya mencaci agama lain.

Ridhuan Tee berkata, sepanjang penelitiannya, ucapan dan sudut pandang pakar perbandingan agama itu tidak bercanggah daripada pandangan akademik.

“Hanya mereka yang makan cili sahaja yang terasa pedaskan. Dr Zakir Naik tidak pernah mengeluarkan kenyataan memperlekeh atau memandang rendah kepada agama lain.

“Hujah yang Zakir Naik keluarkan sentiasa bersandar kepada fakta. Justeru, saya mohon menteri Jabatan Perdana Menteri, meneliti ceramah dan ucapan Zakir Naik, pernahkah beliau mencaci agama lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga bertanya sama ada pernahkah pihak yang mendakwa Dr Zakir Naik mencaci agama lain, mendengar khutbah gereja setiap Ahad yang kadang kala, paderi mereka turut meremeh dan merendahkan status agama Islam.

“Ya, tidak dinafikan kita tidak perlu terikut-ikut dengan rentak mereka. Tetapi adalah lebih baik jika Mujahid mengeluarkan pendapat seiring dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menegaskan Malaysia tidak akan dengan mudah bersetuju terhadap sebarang desakan menghantar pulang Dr Zakir Naik sebelum membuat penilaian secara teliti.

“Jika dibandingkan dengan sarjana perbandingan agama di dunia, masih belum ada tokoh setanding Dr Zakir Naik. Kita tidak mahu, hanya kerana terlalu mahu menjaga hati orang, hati umat sendiri terluka.

“Dibimbangi nama kita yang baik seperti Mujahid terpalit menjadi ‘mujahat’ hanya kerana gara-gara pandangan terhadap Dr Zakir Naik yang tidak bersandar kepada kajian yang rapi dan teliti,” katanya.

Beliau menegaskan, jangan kerana ultra kiasu memusuhi Dr Zakir Naik, maka menteri turut terikut-ikut rentak musuh.

“Apakah kita sebagai menteri mampu lakukan sebagaimana Almarhum Tunku Abdul Rahman, pengasas Perkim yang berjaya mengIslamkan beberapa menteri.

“Jika kita tidak mampu, jangan lah tegar mengatakan dakwah Dr Zakir Naik tidak sesuai. Sedarkah kita berapa ramai yang telah diislamkan oleh Dr Zakir Naik. Jika beliau ekstrem mana mungkin mereka yang ‘non-muslim’ masuk Islam,” katanya.


https://www.ismaweb.net/2018/09/25/ridhuan-tee-ingatkan-mujahid-supaya-tidak-jadi-mujahat/
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget