Raja Salman Rasmikan Keretapi Laju Makkah-Madinah Haramain



MADINAH – Kerajaan Arab Saudi mencatatkan satu lagi sejarah tersendiri dengan perasmian projek Kereta Api Laju Haramain, di sini, pada Selasa.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menyempurnakan majlis perasmian mengikut upacara tradisi yang bersamaan dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-88 kerajaan pada 23 Sept.

Raja Salman, yang merupakan ‘Penjaga Dua Masjid Agung, turut mengikuti perjalanan sulung kereta api laju Haramain dari Jeddah ke Madinah bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammad Salman.

Perjalanan mengambil masa satu jam setengah dan tiba di Stesen Madinah pada jam 4.25 petang waktu tempatan.

Laluan sepanjang 450 kilometer itu menghubungkan bandar suci Makkah dan Madinah melalui Jeddah dan bandar Ekonomi Rabigh Raja Abdullah dijangka akan mengendalikan 60 juta penumpang setahun apabila mencapai kapasiti penuhnya.

Kereta api itu bergerak pada kelajuan 300 kilometer sejam dan ianya memendekkan masa perjalanan antara Makkah ke Madinah, kira-kira dua jam.

Terdapat lima stesen di sepanjang laluan di mana dua adalah stesen terminal Makkah dan Madinah, dua stesen pusat di Jeddah dan Rabigh dan kelimanya stesen di Lapangan Terbang Antarbangsa King Abdulaziz yang dibina oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

Laluan ini akan dibuka kepada orang ramai mulai 1 Okt dan tambang adalah RM82.70 (75 SAR) hingga RM137.80 (125 SAR). – BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget