NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Port Dickson Sejarah 36 Tahun Berulang.




PRK Port Dickson.Anwar akan menentang parti yang pernah bermati-matian membelanya dari perlakuan politik Mahathir. Jika dulu Anwar mengajak PAS bersama menentang Mahathir, kini dia bersama PH pimpinan Mahathir menentang PAS. Demi kerusi perdana yang kini disandang Mahathir hasil kesepakatan partinya sendiri dan kali ini, PAS akan menentangnya. 
Oleh : Ahmad Fahmi Mokhtar

1982, buat pertama kalinya Anwar Ibrahim menentang PAS dalam Pilihan Raya di Permatang Pauh. Ketika itu Ust Zabidi mewakili PAS.

2018, sejarah pertembungan PAS dan Anwar Ibrahim bermula kembali, kali ini bukan lagi di Permatang Pauh tapi Port Dickson pula.

Jika 1982 Anwar mewakili BN, kali ini Anwar mewakili PH pula. Persamaannya adalah musuh politiknya dalam Pilihan Raya adalah PAS jua.

Dahulu pun ketika itu Perdana Menterinya adalah Mahathir, maka ketika ini Mahathir jualah yang jadi Perdana Menterinya.

Pusingan sejarah 36 tahun siapa yang jangka ianya berlaku. Tapi itulah sifat politik yang dinamik dan fleksible. Begitu juga, tiada siapa jangka Mahathir jadi PM pula.

Sebenarnya ini adalah pertembungan kali kelima antara PAS dan Anwar Ibrahim. Anwar pernah berlawan dengan Ust Zabidi Ali (PRU 1982), Mat Sabu (PRU 1986), Mahfuz Omar (PRU 1990) dan Mazani (PRU 1995) di Permatang pauh.

Siapakah pula lawan Anwar buat kali kelima ini di Port Dickson. Kita tunggu malam ini. Syoknya baca sejarah politik nie. Macam drama dan cerita sebelum tidur pula.

Benarlah kalam Presiden PAS ketiga, Dr Burhanuddin Al Helmi, "sejarahakan mengulangi riwayatnya".
( Hide )
  1. Takpe la pas lawan pkr anwar kat sanun, sbb anwar mula keluar dulu kata nak tawan dua negeri pas, mentang2 kerusi banyak. .Wakru mula ph menang tu...

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo