NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Balakong: Undi Awal Esok Cuma Ada 31 Pengundi


SERI KEMBANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 28 orang pengundi awal daripada 31 orang yang didaftarkan di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri Balakong akan mengundi pada proses pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Balakong pada esok.

Pegawai Pengurus PRK Balakong Datuk Rosli Othman berkata pihaknya telah membuat persiapan sepenuhnya untuk menghadapi proses undian awal yang akan diadakan di Ruang Legar Kuarters Balai Polis Seri Kembangan, mulai pukul 8 pagi.

“Memandangkan hanya 31 pengundi awal yang terlibat dalam proses undian awal esok, hanya satu peti undi sahaja yang akan disediakan.

“Kami menjangkakan proses undian awal akan berjalan lancar dan boleh selesai cepat, iaitu pusat boleh ditutup lebih awal daripada pukul 12 tengah hari,” katanya kepada Bernama hari ini.

Rosli berkata, seramai tiga orang pegawai SPR akan bertugas pada tempat mengundi itu esok manakala 10 anggota polis juga akan ditugaskan untuk mengawal keselamatan.

Kesemua 31 pengundi awal tersebut adalah anggota polis dan mereka merupakan sebahagian daripada keseluruhan 62,219 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK Balakong ini.

PRK Balakong akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki dan calon MCA Tan Chee Teong dengan pengundi biasa akan mengundi pada Sabtu ini. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo