NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perbicaraan Kes Ustaz Adib bersambung 15 dan 16 Oktober 2018:Teruskan berdoa.



KAJANG: 7 September 2018(Jumaat):
Alhamdulillah..

Segala pujian semuanya dirafakkan ke hadrat ALLAH SWT dan segala kesempurnaan hanyalah milikNYA jua..

Berkat hari Jumaat yang mulia ,penghulu segala hari yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ,sekali lagi kami berada di bumi Selangor ini.


Kes perbicaraan Ustaz Muhammad Adib Bin Abd. Halim telah berlangsung pada petang ini dan akan bersambung semula pada 15 Oktober(jam 2.30ptg) dan 16 Oktober 2018(jam 11 pagi) di Tingkat 7,Mahkamah Majistret Kajang ,Selangor Darul Ehsan pada bulan hadapan .


Beliau hadir kali ini ditemani oleh isteri beliau,Puan Maslina Binti Muhammad.Manakala ibunya Puan Noraini Binti Samli dan ayah beliau,Encik Abd Halim Bin Yahaya tetap setia di sisi, mengikuti perbicaraan kes ini dan memberi sokongan moral yang tidak berbelah bahagi kepada anaknya.


Turut bersama memberi sokongan adalah Ustaz Ali Bin Suparman dari NGO I-Guru selain beberapa orang wakil dari NGO PENDIDIK bersama mengikuti kes perbicaraan ini di Mahkamah Majistret Kajang ,Selangor Darul Ehsan .


Selaku Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK),saya sungguh berasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh ahli keluarga dan wakil rakan NGO serta warga pendidik untuk bersama mengharungi ujian ini di saat sukar yang pasti meruntun perasaan .

Ustaz Muhammad Adib Bin Abd.Halim diwakili oleh peguambela yang berdedikasi ,Tuan Khairul Amin Bin Abdullah pada hari ini.

Walaupun kes perbicaraan Ustaz Muhammad Adib berlangsung masuk kali ke 17 pada hari ini ,namun beliau seperti biasa , tetap tersenyum ceria dan tenang serta redha atas ujian yang menimpa dirinya meskipun segelintir pihak di luar sana membuat persepsi negatif dan memandang sinis terhadapnya.

Beliau telah disaman oleh ibu bapa kerana merotan pelajar dengan tujuan untuk mendidik pelajar agar berdisiplin ,sehingga didakwa meninggalkan sedikit kesan lebam .Pelajar ini dirotan oleh Ustaz Adib kerana enggan menunaikan Solat Asar di salah sebuah sekolah agama di Selangor pada tahun lepas .


Dalam perbicaraan hari ini ,Mahkamah Majistret Kajang telah membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Oleh itu Ustaz Muhammad Adib diperintahkan untuk membela diri dalam perbicaraan kes ini pada bulan hadapan.

Perbicaraan akan bersambung semula pada 15 & 16 Oktober 2018 di Mahkamah Majistret Kajang ,bulan hadapan .

Kami dari NGO PENDIDIK mendoakan agar beliau terus tabah menempuh dugaan mendatang serta redha atas apa yang berlaku.

Apa pun jua ,beliau seorang ustaz yang merupakan 'WIRA' di hati warga pendidik di Malaysia. Jasanya mendidik sahsiah pelajar agar patuh perintah ALLAH SWT dan mematuhi ajaran agama Islam supaya berdisiplin dan menunaikan solat berjamaah di sekolah adalah sikap yang mulia serta kegigihan dan kesabarannya membentuk sahsiah pelajar tetap terpahat di hati kami.

Semoga martabat insan bergelar pendidik terus terpelihara dan profesionalisme perguruan serta kebajikan warga pendidik dapat terus dimartabatkan dalam persada pendidikan negara demi melahirkan citra generasi pelapis negara yang sejahtera dan harmoni .

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan moral dan menghulurkan sumbangan seikhlasnya serta sentiasa mendoakan Ustaz Muhammad Adib dari jauh dan dekat selama ini.Atas segala keprihatinan ,hanya ALLAH SWT jua yang dapat membalasnya di dunia dan di Akhirat.

Moga beliau sentiasa tabah menempuh dugaan yang mendatang.

Teruskan berdoa
Pray For Ustaz Adib

Salam hormat:
Normala Binti Sudirman
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(PENDIDIK).

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo