NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pendidik Sarankan Menteri Pendidikan Lepaskan Jawatan Presiden UIAM



PENDIDIK SARANKAN MENTERI PENDIDIKAN LEPASKAN JAWATAN PRESIDEN UIAM

Oleh :
Normala Sudirman
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Malaysia (PENDIDIK)

KUALA LUMPUR, 29 ZUHIJJAH 1439 - Gerakan Kebangkitan Pendidik Malaysia (PENDIDIKA) bertegas bahawa YB. Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia perlu melapaskan jawatannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan segera.

Tindakan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik tegar mempertahakankan pelantikannya sebagai Presiden UIAM yang ketujuh selama tiga tahun adalah menjengkelkan dan tidak selari dengan kenyataannya bahawa di era kerajaan baru PH bahawa beliau tidak akan mengamalkan budaya melantik orang-orang politik memegang apa-apa jawatan di universiti adalah bohong semata-mata.

Merujuk dalam satu temuramah bertarikh tujuh Jun 2018, Dr Maszlee menegaskan bahawa “Ini merupakan era baru. Saya (Maszlee) akan pastikan Kerajaan PH tidak akan sampai bila-bila memperalatkan universiti untuk kepentingan politik, ini termasuk diri saya.” dipetik dari sumber yang tular dalam media sosial.

Kesediaannya memegang jawatan Presiden UIAM tanpa menerima sebarang bentuk bayaran atau emolumen, bukanlah justifikasi bahawa beliau layak menyandang jawatan tersebut, sekaligus menafikan komitmennya tidak melantik orang politik dalam pentadbiran universiti.

Bagi PENDIDIK, tidak timbul isu samada terima atau tidak apa-apa bayaran sebagai Presiden UIAM, sebaliknya beliau kena tahu bahawa peranannya sebagai Menteri Pendidikan adalah lebih penting dan perlu diberi perhatian yang serius. Sebagai Menteri Pendidikan, terlalu banyak agenda yang perlu diberi perhatian terutama dalam hal mengupayakan sektor penting negara ini. Antara pengupayaan yang perlu diberi perhatian ialah merangka dan merawat dasar pendidikan negara yang tidak masih banyak kelemahan, menaik taraf mana-mana sekolah ketinggalan, khsususnya di kawasan pendalaman, merapatkan jurang pendidikan antara wilayah dan etnik, menyelesaikan masalah sistem pembelajaran, bebanan guru dan warga pendidikan yang semakin menekan, meningkatkan kualiti akademik di sekolah-sekolah dan universiti seluruh negara, membantu kalangan mereka yang terbeban dengan hutang PTPTN dan lain-lain lagi.

APa yang PENDIDIK lihat, dalam tempoh beliau menjawat Menteri Pendidikan, belum lagi nampak apa yang positif dari beliau untuk meningkat mutu pendidikan kebangsaan, selain hanya mampu mengeluarkan idea-idea remeh dan mengarut seperti kasut hitam, istilah certot, lemah dalam menangani isu EUC dan banyak lagi.

PENDIDIK tegas mengatakan bahawa pelantikannya adalah langkah undur ke belakang, mengulangi skrip di era kerajaan BN terdahulu serta mendedahkan beliau menjadikan orang yang berkepentingan sebagai Menteri Pendidikan dan sebagai presiden universiti.

Adalah tidak masuk akal beliau yang berjawatan Menteri Pendidikan, ahli politik dan menjadi Ahli Parlimen yang terlibat secara langsung dalam merangka dasar pendidikan negara, waktu yang sama terlibat secara langsung dalam pentadbiran di peringkat universiti. Justeru, PENDIDIK amat khuatir kedudukannya di UIAM akan mempengaruhi pandangan dan keputusan berhubung kepentingan universiti berkenaan, di samping ia akan menimbul persepsi bahawa berlaku berat sebelah ke atas 20 universiti tempatan lain di negara ini.

Langkah beliau turut memberi gambaran bahawa Menteri Pendidikan di era PH ini ada kepercayaan terhadap pentadbiran universiti sedia, di samping kebolehan cendikiawan dunia pendidikan untuk menyandang jawatan tersebut.

PENDIDIK turut menyokong tindakan pelbagai pihak yang memprotes pelantikanya termasuk dari Tan Sri Rais Yatim, merupakan Presiden UIA sebelumnya, para pelajar UIAM, Ngo-Ngo dan ahli politik dari PAS dan UMNO.

Oleh itu, PENDIDIK menasihat Menteri Pendidikan mengutamakan maruah dan intergiriti sebagai Menteri Pendidikan, dengan melepaskan jawatan sebagai Presiden UIAM ekoran mendapat mendapat bantahan dan kritikan yang meluas dari pelbagai pihak. Presiden UIAM perlu diserahkan kepada yang ahlinya supaya kedudukan UIAM lebih hebat di persada pendidikan dalam negara dan peringkat antarabangsa.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo