NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Operasi kereta api laju Makkah-Madinah bermula bulan depan




JEDDAH, 16 Muharram 1440H, Rabu – Arab Saudi secara rasmi hari ini melancarkan Haramain Express, perkhidmatan kereta api laju menghubungkan Makkah; Jeddah; Bandar Ekonomi King Abdullah; dan Madinah, lapor agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA.

Namun, jadual perkhidmatannya secara rasmi akan bermula pada 4 Oktober setiap hari Khamis; Jumaat; Sabtu; dan Ahad dengan tiket bermula daripada 20 riyal hingga 250 riyal bergantung kepada jarak dan kelas pengangkutan.

Tiket bagi perkhidmatan antara Makkah dan Madinah ialah 150 riyal bagi kelas biasa dan 250 riyal kelas perniagaan. Ia mengambil masa perjalanan tidak sampai dua jam setengah bagi kedua-dua Tanah Suci itu.

Perkhidmatan kereta api laju itu akan bermula di stesen Makkah Al Mukarramah; Madinah; Sulaymaniyah di Jeddah dan Bandar Ekonomi King Abdullah.

Pengerusi Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Arab Saudi, Rumih bin Mohammed Al Rumaih berkata, syarikat pengendali menawarkan diskaun 50 peratus harga tiket dalam tempoh dua bulan bermula Oktober ini.

Bagaimanapun, perkhidmatan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah akan bermula selepas stesen yang ada kaitan dengannya dibuka akhir Mac tahun depan.

Rangkaian perkhidmatan kereta api laju itu mempunyai 35 tren yang akan beroperasi lapan kali sehari, dan dipertingkatkan kepada 12 kali sehari tahun depan. Setiap kereta api itu mempunyai kelajuan maksimum 300 kilometer sejam dan mampu membawa 417 penumpang dalam satu-satu masa.

Perjalanan antara Makkah dan Jedah dianggarkan mengambil masa 21 minit; Jeddah ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (14 minit); Terbang Antarabangsa King Abdulaziz ke Rabigh (36 minit) dan Rabigh ke Madinah (61 minit).

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo