NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Guan Eng ditempelak?



BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya mendedahkan dokumen yang membuktikan wang RM2.6 bilion yang diterimanya ialah sumbangan daripada Arab Saudi.

Dalam tulisan terbaharu di Facebook, Najib menerbitkan salinan dokumen-dokumen rasmi pemindahan wang tersebut.

Sumbangan itu daripada raja Arab Saudi yang telah mangkat, Raja Abdullah bin Abdul Aziz, dan digunakan untuk tujuan politik termasuk memastikan kestabilan kerajaan pimpinan orang Islam di Malaysia.

“Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya,” jelas Najib.

“Memandangkan saya bukan lagi Perdana Menteri dan Raja Abdullah telah mangkat, saya rasa adalah bersesuaian untuk saya dedahkan dokumen berikut bagi membersihkan nama saya dari pelbagai tuduhan dan fitnah.

“Saya bersama peguam mengambil masa yang agak lama untuk memperoleh dokumen ini daripada bank namun kami berjaya mendapatkan sebahagian besar darinya. Dokumen berikut adalah bagi sumbangan tahun 2011 sahaja. Pihak berkuasa dan bank ada dokumen yang sama,” katanya dalam satu tulisan di laman Facebook beliau hari ini.



Bekas perdana menteri itu turut berkata akan menjelaskan lagi hal ini “sambil menunjukkan bukti” sumbangan tersebut.

“Pada status FB akan datang atau melalui temuramah dengan media di mana saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci sambil menunjukkan bukti, saya juga akan menjelaskan mengenai sumbangan yang saya terima bagi tahun-tahun selepas 2011 – termasuk isu RM2.6 billion,” katanya. – Mynewshub.tv

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo