NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Meninjau Potensi PAS di P132 Port Dickson

⭕Berdasarkan kepada statistik SPR dalam PRU14 yang lalu, senario di P132 adalah seperti berikut:


⭕Penyandang : PKR
⭕Jumlah pengundi : 75,212 orang

⭕Jumlah pengundi mengikut kaum ;
šŸ”¼Melayu - 32,341 orang
šŸ”¼Cina - 24,819 orang
šŸ”¼India - 16,546 orang
šŸ”¼Lain-lain - 1,506 orang


⭕Jumlah keluar mengundi : 63,230 orang
⭕Jumlah Tidak Keluar mengundi : 11,982 orang


šŸ”“Komposisi Pengundi berdasarkan kaum terbanyak mengikut DUN dalam P132 :


šŸ”¼Melayu ;

⏩DUN Chuah [42.35% = 4,713 orang]
⏩DUN Bagan Pinang [68.75% = 10,877 orang]
⏩DUN Linggi [57.54% = 8,967 orang]


šŸ”¼Cina ;
⏩DUN Lukut [57.61% = 9,965 orang]
⏩ DUN Seri Tanjung [38.17% = 5,504 orang]


šŸ”¼India ;
⏩DUN Seri Tanjung [27.53% = 3,907 orang]


šŸ”¼Lain-Lain ;
⏩DUN Chuah [2.43% = 270 orang]


⭕SPR dalam kenyataan bertarikh 21 September 2018 menjelaskan senario terkini kedudukan pengundi di P132 ;


⭕Jumlah pengundi : 75,770 orang (⬆558 orang)

šŸ”¼Pengundi biasa - 64,486 orang
šŸ”¼Pengundi awal (Pos) - 7,268 orang
šŸ”¼Pengundi Tidak Hadir Luar Negara - 16 orang


šŸŒŸBerdasarkan kepada senario di atas ;

šŸ”øPengundi Melayu masih menjadi pengundi majoriti di 3 dari 5 DUN didalam P132 Port Dickson iaitu DUN Chuah, DUN Bagan Pinang dan DUN Linggi.

šŸ”øPAS dalam PRU14 hanya bertanding di DUN Linggi dan Seri Tanjung. Namun PAS kalah dan hilang wang deposit.

šŸ”øNamun dalam keadaan sekarang yang dijangka akan berlaku pertandingan 3 @ 4 penjuru (PH, PAS,PSM & Bebas), PAS masih berpeluang untuk mendapatkan undi Melayu (majoritnya ahli Umno) di DUN Bagan Pinang dan Linggi (↔ 20,000 undi). Jika ahli Umno masih mendukung prinsip Ta'awun Siyasi dengan PAS.

šŸ”øWalaubagaimana pun, tidak boleh dinafikan keadaan pengundi awal yang berjumlah 7,268 orang yang terdiri daripada Anggota ATM dan pasangan. Untuk rekod PAS menang undi dalam kalangan anggota ATM di PDM/UPU TUDM Subang dalam PRK Seri Setia yang lalu.

šŸ”øDalam keadaan isu sekarang yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) seperti janji Manifesto yang dimungkiri, kebajikan anggota ATM diabaikan, tidak mustahil Pas akan mencipta hatrik di P132 jika kena pada strategik yang dijalankan khasnya penerangan kpd Pendekatan BPMS yang PAS laksanakan sekarang.

šŸ”øBenar PAS tidak memberikan kemenangan mudah untuk Anwa Ibrahim sebab PH sendiri yang mencabuli proses demokrasi.

šŸ”øYang paling dibimbangi sekarang sejauhmana pengundi akan keluar mengundi nanti, adakah akan meningkat daripada 82.8% dlm PRU14 lalu atau merudum kepada 50% - 60%.


Calon Ph.D (Politik Islam)
ISDEV, USM.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo