NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Langkah PD tidak perlu


Oleh : Nasrudin Hassan Tantawi
https://m.facebook.com/ustaztantawi

i- Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood telah nyatakan bahawa 1,403 petugas dilantik untuk kendali pilihanraya kecil Port Dickson pada 13 Oktober kelak. Mempunyai 39 pusat mengundi dengan 171 saluran. Memerlukan peruntukan kos sebanyak RM3.6 juta.

ii- Terdahulu pada 21 Mei 2018, YAB Perdana Menteri telah dedahkan kedudukan kewangan negara yang tenat. Ekoran hutang negara mencecah RM1 Trillion. Justeru itu, kerajaan PH tubuhkan Tabung Harapan pada 2 Jun 2018 untuk kutip derma dari rakyat.

iii- Alangkah baiknya jika anggaran peruntukan RM3.6 juta itu ditabungkan ke Tabung Harapan dan PRK itu tidak perlu diadakan. Datuk Seri Anwar boleh tunggu PRU ke 15 untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri ke 8.

Orang Gopoh Selalu Rugi.

Sekian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo