Kulit jeruk limau keluaran China ada kandungan plumbum?




GUANGDONG,17 Muharram 1440H, Khamis – Kulit jeruk limau keluaran Jiabao jiuzhi chenpi, dari China yang turut dijual di Malaysia dikesan mengandungi kandungan plumbum yang tinggi.

Plumbum adalah bahan semula jadi, namun boleh menjadi toksik kepada manusia jika diambil berlebihan, yang menjejaskan pelbagai sistem dalam badan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengesahkan, plumbum amat berbahaya kepada kanak-kanak, terutama apabila dimakan, kerana boleh menyerang otak serta sistem saraf, sekali gus mengakibatkan koma, sawan dan kematian.

Laman web South China Morning Post melaporkan, ujian yang dijalankan pihak berkuasa Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran mengesahkan beberapa sampel produk kulit jeruk limau berkenaan mengandungi sehingga lapan kali ganda logam toksik yang dibenarkan.

"Pemeriksaan ke atas produk itu dijalankan sebanyak dua kali, iaitu pada Mac dan Mei lalu.

"Ujian pertama menunjukkan kadar lapan miligram bagi setiap satu kilogram, manakala yang kedua menunjukkan kadar 6.69 miligram bagi setiap satu kilogram," kata pihak berkuasa itu.

Mengikut piawaian pihak berkuasa China, kandungan plumbum dalam produk makanan tidak boleh melebihi kadar satu miligram bagi setiap kilogram. – Agensi

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget