NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KUIZM BUKA PENGAMBILAN KURSUS PERSIJILAN ASAS PENGAJIAN ISLAM (KPAPI) SESI OKTOBER 2018



KUIZM BUKA PENGAMBILAN KURSUS PERSIJILAN ASAS PENGAJIAN ISLAM (KPAPI) SESI OKTOBER 2018

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak membuka peluang kepada seluruh masyarakat awam untuk mengikuti pengajian ilmu-ilmu asas Agama dan Bahasa Arab iaitu KURSUS PERSIJILAN ASAS PENGAJIAN ISLAM (KPAPI) sesi pengambilan OKTOBER 2018.

KUIZM adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di bawah Parti Islam Se-Malaysia yang yang diasaskan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat yang menawarkan pengajian Islam peringkat diploma dan persijilan dan diurus tadbir oleh Rektor, Dr Mohd Zuhdi bin Marsuki.

Kursus persijilan KPAPI ini amat sesuai disertai oleh mereka yang telah bersara, warga pekerja yang tidak mempunyai masa untuk mempelajari ilmu asas agama dan Bahasa Arab dan juga sesuai untuk pelajar universiti.

Sesi pengkuliahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari, dan akan berlangsung selama 2 semester pengajian.

Orang awam yang berminat boleh memohon secara online di www.kuizm.net/daftarkpapi atau mendapatkan borang permohonan di Pejabat KUIZM di Taman Melewar, Gombak.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline KUIZM di nombor 010-3565616.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Oktober 2018.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo