NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kubang Chenok FC juara penalti



PASIR MAS - Sukan sekiranya diceburi dengan serius dan fokus boleh memberi pendapatan yang baik dan lumayan kepada pemainnya.















Sukan juga mampu mengharumkan nama negeri dan negara di peringkat antarabangsa.

Demikian nyata Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan Hj. Ahmad Yakob sewaktu berucap merasmikan Karnival Penalti Merdeka 2018 anjuran Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan di Stadium Pasir Mas di sini.

"Apa yang penting ialah kita menjaga akhlak dan pergaulan sewaktu bermain serta mematuhi syarat dan disiplin.

"Kita berbangga kerana menjadi negeri yang memperkenalkan sukan yang patuh syariah dan agama," ujar beliau.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan dalam ucapan aluannya mengharapkan melalui aktiviti kebeliaan yang dianjurkan oleh kerajaan Kelantan akan melahirkan generasi sejahtera dan bermaruah.

"Kerajaan negeri sesekali tidak menghalang sebarang aktiviti kesukananan dengan syarat ia tidak bertentangan dengan nilai agama," katanya.

Sebanyak 192 pasukan beraksi dalam cabaran penalti terbesar ini yang menawarkan hadiah wang tunai lebih daripada RM10 ribu. Lima buah pasukan dari negeri jiran Terengganu turut serta.

Pasukan Kubang Chenok FC daripada Rantau Panjang mendapat gelaran juara membawa pulang RM5 ribu, piala iringan beserta medal selepas menumpaskan Berek 12 FC dalam perlawanan akhir.

Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kelantan, Hj. Zuraidin Abdullah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo