NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gugur kes Guan Eng, SPRM perlu siasat Peguam Negara



MOHD HAFIZ ISMAIL
3 SEPTEMBER 2018

SHAH ALAM - Aktivis Rakyat, Datuk Razlan Rafii menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Peguam Negara, Tommy Thomas susulan pengguguran pertuduhan rasuah melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Beliau mendakwa, pengguguran kes tersebut berkemungkinan mempunyai unsur-unsur kepentingan hubungan anak guam dan Peguam Negara serta kepentingan Peguam Cara dengan Peguam Negara.

Menurutnya, banyak wang rakyat dibelanjakan dalam penyiasatan kes Guan Eng dan sepatutnya Thomas lebih profesional memberi ruang kepada para hakim membuat keputusan sekiranya kertas siasatan SPRM gagal; menyediakan bukti kukuh dalam kes ini.

"Kenyataan SPRM bahawa mereka terkejut dengan tindakan Peguam Negara menggugurkan kes Guan Eng adalah satu peristiwa hitam bagi perundangan negara.

"Umum memang mengetahui Thomas merupakan Peguam yang mewakili Guan Eng dalam kes ini. Sekarang beliau merupakan Peguam Negara, ramai menjangkakan kuasa yang diberi kepada Thomas akan melepaskan Guan Eng. Tidak disangka ia dibuat secara veto oleh Thomas," katanya menerusi blog miliknya, hari ini.

Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Li Koon dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepaskan dan membebaskan Guan Eng, 58, dan Phang, 46, berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim, dan Datuk V.Sithambaram serta Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Li Koon, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu.

Hadhariah berkata beliau tidak bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan itu ditarik balik dan kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Mengulas lanjut, Razlan berkata sebelum ini, Peguam Cara Datuk Enku Nor Faezah dan Datin Paduka Zauyah pernah menyatakan Peguam Negara tidak akan mencampuri kes Guan Eng.

"Adakah mereka hari ini boleh bersumpah bahawa kes Guan Eng ini adalah satu kesalahan dari pihak SPRM dan Peguam Negara terdahulu kerana ia ada kaitan dengan pendakwaan politik.

"Rakyat hari ini melalui satu lagi peristiwa hitam di dalam perundangan apabila Peguam Negara menggunakan kuasa Veto mereka terhadap sistem keadilan negara," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo