"Fitnah Sultanah: Gesa Tindakan Terhadap Sarawak Report"




KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
15 September 2018 | 5 Muharam 1440

"FITNAH SULTANAH: GESA TINDAKAN TERHADAP SARAWAK REPORT"

1.     Kebebasan bersuara telah diseleweng secara ekstrem dan kotor oleh The Sarawak Report yang kekal menjadikan fitnah sebagai karya utama dan siaran di media itu. Fitnah terbaharu mengaitkan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menjadi satu lagi propaganda jahat terhadap Institusi DiRaja.

2.     Perbuatan itu seolah-olah wujud hubungan persekongkolan penerbit itu dengan pihak-pihak yang kini sedang ghairah menggerakkan agenda bersifat ancaman terhadap kedudukan Raja-raja Melayu. Imej negatif sedang dipalit terhadap Penaung tertinggi Negara dan Agama bagi Persekutuan Malaysia.

3.     Fitnah menerusi buku The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose tulisan Pengarang, Clare Rewcastle Brown menuntut pihak berkuasa segera menanganinya. Apatah lagi tuduhan tersebut berkait dengan individu yang sedang diburu pihak berkuasa negara iaitu Low Taek Jho atau Jho Low.

4.     Penyataan fitnah bahawa Sultanah terlibat dan memberi sokongan kepada Jho Low dalam penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) itu telah dinafikan. Setiausaha Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu turut menafikan sekeras-kerasnya Sultanah sebagai 'rapat' (friendly) dengan Jho Low.

5.     Pengarang tersebut juga telah menuduh Sultanah menyokong Jho Low untuk mendapatkan posisi sebagai Penasihat TIA, di mana syarikat itu kemudiannya diambilalih Kerajaan Pusat menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kemunculan fitnah ini dilihat signifikan dengan 'dendam' sedang dibakar PH.

6.     Sehubungan itu, kami menyokong gesaan Setiausaha Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu supaya Clare memohon maaf kepada Sultanah dan membetulkan fakta di dalam buku tersebut. Kami juga mendesak Kementerian Dalam Negeri bertindak menahan edaran buku tersebut sehingga fitnah tersebut dipadamkan.

7.     Sebarang kelewatan atau kegagalan Kerajaan PH bertindak ke atas kes ini akan menguatkan lagi kesangsian terhadap penghormatan, perakuan dan pemeliharaan mereka terhadap Institusi Raja-raja Melayu. Adalah ditegaskan bahawa kami berdiri teguh di belakang institusi ini dari sebarang usaha mencalar maruah dan menggugatnya.

"Islam Memimpin"
"Terus Mara"

YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

http://harakahdaily.net.my/index.php/berita/15-tanah-air/8115-fitnah-sultanah-gesa-tindakan-terhadap-sr
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget