China Perlu Jujur Isu Penahanan Etnik Islam



BEIJING – Kerajaan China perlu berterus terang mengenai penahanan sejuta penduduk Islam di Xinjiang, barat negara itu, kata Amnesty International (AI) dalam laporannya hari ini.

Beijing sebelum ini mengetatkan peraturan ke atas minoriti Islam bagi memerangi aktiviti keganasan dan pemberontakan di wilayah barat, satu langkah yang disifatkan pengkritik sebagai menyemarakkan kemarahan terhadap Beijing serta menyuburkan sentimen pasukan pemisah.

Dalam laporan terbaru yang mencakupi keterangan daripada tahanan di kem, AI berkata Beijing telah melancarkan kempen penahanan besar-besaran, dakyah politik, pemantauan terlampau dan penyerapan budaya secara paksa.

Menurut laporan berkenaan, etnik Uighur serta minoriti Islam lain dijatuhkan hukuman kerana melanggar larangan pemakaian purdah dan membela janggut, selain kesalahan memiliki kitab suci Al – Quran.

Laporan oleh panel diskriminasi perkauman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lalu menyebut, dianggarkan sejuta penduduk minoriti Islam telah ditahan di kem termasuk atas kesalahan kecil seperti menghubungi ahli keluarga yang menetap di luar negara atau berkongsi ucapan perayaan agama Islam di media sosial.

Pengarah Asia Timur AI, Nicholas Bequelin berkata, ratusan ribu keluarga telah terpisah kerana operasi besar-besaran ini.

“Mereka sangat terdesak untuk mengetahui keadaan orang tersayang dan sudah tiba masa pihak berkuasa China menjawab semua persoalan tahanan itu,” katanya.


Beijing menafikan laporan berhubung kem tahanan terbabit namun bukti dalam bentuk dokumen kerajaan dan keterangan dari saksi yang berjaya melarikan diri semakin bertambah. – AFP
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget