NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Beberapa pemimpin Umno Perlis dijangka sertai Bersatu'


23 SEPTEMBER 2018
Wan Saiful Wan Jan

KANGAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis mendakwa beberapa orang pemimpin Umno negeri ini akan menyertai parti itu.

Setiausahanya Wan Saiful Wan Jan berkata, beberapa pertemuan dan rundingan dengan pemimpin berkenaan telah dan masih berjalan serta menunjukkan tanda-tanda positif.

“Saya fikir masanya tidak lama lagi mereka menyertai Bersatu. Bagaimanapun, saya tidak boleh dedah nama pemimpin berkenaan sehingga segala-galanya diputuskan.

"Kami bersedia terima mereka yang kecewa dengan Umno negeri berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas,” katanya kepada media semasa ditemui selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis yang rosak dipukul ribut Isnin lepas, di sini, hari ini.

Wan Saiful mendakwa berdasarkan maklum balas dan sentimen sekarang, rakyat Perlis mahukan perubahan namun kerajaan negeri yang diterajui Umno telah gagal memenuhi kehendak mereka.

Beliau juga mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man gagal meyakinkan anggota-anggota parti kerana beliau sendiri tidak mendapat sokongan majoriti.

“MB (Menteri Besar) ni cuma atas kertas. Mana dia perancangan nak bangunkan Perlis dan naikkan ekonomi negeri ?” tanya Wan Saiful.

Ketua Bahagian Umno Padang Besar merangkap ahli parlimen kawasan itu Datuk Zahidi Zainul Abidin tidak menafikan telah ada perbincangan antara wakil-wakil rakyat BN dan Bersatu kira-kira dua bulan lepas.

Dun Perlis kini mempunyai lapan anggota daripada Umno, satu MCA, dua PAS dan tiga PKR dan satu Adun bebas. - Bernama


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo