NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid Jawatankuasa Pemilih, Ronald Kiandee Pengerusi PAC

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Pemilih yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan enam nama untuk Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh sidang Parlimen ke-14.

Jawatankuasa itu terdiri daripda seorang Pengerusi dan enam lagi ahli jawatankuasa.

Enam ahli jawatankuasa adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Panampang, Ignatius Darell Leiking.

Dua lagi ialah  Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Ketua Pembangkang bagaimanapun menolak tawaran tersebut dan mencadangkan nama Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua Whip BN, Datuk Seri Azalina Othman namun di tolak kerana usul tidak mengikut peraturan mesyuarat.

Oleh yang demikian, Ahmad Zahid dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih.

Manakala bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Mahathir mencadangkan nama Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee manakala Timbalan Pengerusinya pula, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh bagi sesi Majlis Parlimen ke-14 ini.

Cadangan tersebut mendapat sokongan sebulat suara tanpa dibahas.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo