NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno Desak Jelaskan Komplot Dengan CSIS





DAP perlu tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan Daniel Twining, anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS) yang mengaku berkomplot dengan pembangkang bagi menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata pendedahan tersebut merupakan perkara serius kerana membabitkan campur tangan pihak asing untuk menggulingkan kerajaan demokrasi di Malaysia.

"Wanita UMNO kesal dengan tindakan membisu DAP dan konco-konconya untuk merungkai persoalan campur tangan asing dalam sistem demokrasi di negara ini, biarpun Twining telah mendedahkannya.

"Campur tangan kuasa asing terhadap negara ini, apatah lagi menerusi pembiayaan dana tidak boleh dibiarkan kerana selain kedaulatan negara terancam, ia berupaya menaikkan atau menjatuhkan kepimpinan kerajaan termasuklah yang diterajui oleh gabungan Pakatan Harapan hari ini," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Twining mendedahkan International Republican Institute (IRI) bekerjasama untuk mengukuhkan parti pembangkang Malaysia sejak 2002 menerusi dana National Endowment for Democracy (NED) dalam forum anjuran CSIS.

IRI memiliki kaitan dengan Parti Republikan melalui Senator Amerika Syarikat (AS), John McCain yang menjadi pengerusi sejak 25 tahun lalu sebelum melepaskan jawatan pada Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Noraini berkata terdapat juga dakwaan sebelum ini yang turut tidak dijawab oleh DAP.

Katanya pelbagai dakwaan yang tidak berjawab daripada pihak DAP berpotensi untuk melemahkan kepercayaan rakyat terhadap parti itu untuk masa hadapan.

"Sebelum ini pun, DAP tidak berani untuk menghadapi dan beri penjelasan kepada rakyat mengenai dakwaan parti itu ditawarkan dana AS$300 juta (RM1.2 bilion) dari pihak rejim Israel sekiranya mereka dapat menawan Putrajaya dalam PRU ke-13 daripada pemerintahan Barisan Nasional (BN).
"Kegagalan DAP untuk menafikan dakwaan yang dibangkitkan terhadap parti itu beberapa tahun lepas termasuklah terbaharu ini akan menyebabkan persoalan tentang perkara ini masih tidak terjawab, sekali gus dikhuatiri menimbulkan rasa syak wasangka rakyat terhadap kejujuran DAP," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo