NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Trump Punca Kejatuhan Matawang Lira?


Menurut Ayman Rashdan Wong, Trump dilaporkan menjadi punca kepada kejatuhan matawang Lira setelah menggandakan tarif ke atas besi keluli dan aluminium keluaran Turki. Tarif atas keluli dari 25% naik jadi 50%, aluminium dari 10% jadi 20%. Disebabkan keluli antara eksport Turki ke Amerika Syarikat yang penting, maka pelabur semua cabut dari pasaran Turki. Permintaan terhadap Lira habis menyusut.

Hubungan antara Amerika Syarikat dan Turki semakin tegang setelah Presiden Recep Tayyip Erdoğan enggan melepaskan warganegara US, Pastor Andrew Bunson yang ditahan sejak kejadian kudeta 2016. Memandangkan Erdogan enggan tunduk dengan desakan Trump, Amerika Syarikat bertindak dengan mengenakan Trade War keatas Turki. Izzuddin Yussof menyatakan bahawa keadaan ini dilihat sebagai sangat berisiko kepada Turki yang memang sudah mengalami current account deficit, sehinggakan Lira jatuh dengan mendadak pada Jumaat lepas.

Jadi adakah Turki jatuh sebab current account deficit? Turki sebenarnya bukan sekadar mengalami current account deficit, tetapi twin deficit. Iaitu gabungan current account deficit dan fiscal deficit serentak. Tapi benda ni bukan baru. Turki dah mengalami twin deficit sejak 2001. Syarikat di Turki banyak membuat pinjaman dalam USD. Jadi dengan kejatuhan Lira yang berterusan, ianya meningkatkan lagi risiko hutang-hutang ini tidak mampu dibayar, sekaligus melumpuhkan ekonomi Turki.

Dua Pilihan Di Tangan Presiden Turki

Bagi menstabilkan nilai mata wang negara, Erdogan mempunyai dua pilihan iaitu sama ada menaikkan kadar faedah atau mengguna rizab pertukaran asing untuk membeli lebih banyak Lira dipasaran. Buat masa ini, Erdogan enggan mengguna pakai kedua-dua cara ini. Beliau dan menantunya, Berat Albayrak yang juga merupakan Menteri Kewangan Turki berkata mereka mempunyai pelan tersendiri untuk membaik pulih ekonomi Turki. Apakah pelan tersebut? Kita tunggu dan lihat sahaja.

Satu fakta menarik berkaitan Turki dibawah pemerintahan Erdogan ialah beliau tidak sukakan interest rate. Buktinya sejak Erdogan memegang tampuk pemerintahan dari tahun 2003 hingga kini, interest rate telah direndahkan dari 50% ke 8%. Sejak penurunan interest rate itu juga, kadar inflasi Turki menjadi jauh lebih rendah sehingga pernah mencapai bawah 10%. Keadaan ini amat jauh berbeza berbanding sebelum tahun 2003 apabila kadar inflasi mereka mencecah 40%-60%.

Pada masa yang sama Erdogan sedikit pun tak tunjuk gentar. Beliau kata ini semua konspirasi Zionis dan US untuk sabotaj Turki. Dalam satu pertemuan di Barat Daya bandar Rize, Erdogan berkata “onların dolarları varsa, bizim Allah’ımız var” (Jika mereka ada Dolar, kita ada Allah). Dahsyat, memang benarlah orang kata Erdogan singa Islam.

Kejatuhan Lira buat masa ini menyebabkan Eropah turut terkena tempias. Matawang Euro juga jatuh ke paras terendah dalam tempoh setahun. Para pelabur berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana risau krisis Turki akan merebak ke seluruh dunia. Tambahan pula 2018 sangat dekat dengan kitaran krisis kewangan 10 tahun (1985-86, 1997-98, 2008-2009).

Kredit: Jeffry Azizi Jaafar, Izzuddin Yussof, Ayman Rashdan Wong

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo