Terengganu : Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda



Oleh: Syaiful Mustafa

KUALA TERENGGANU - Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2018 akan berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, pada 7 hingga 9 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia , Sukan dan NGO negeri , Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Negeri Terengganu merupakan di antara negeri yang sangat memberi penekanan kepada sukan bahkan pernah digelar sebagai kilang atlet untuk negara.

Katanya, komitmen Terengganu yang begitu kuat dalam bahagian sukan ini bukan sahaja bergiat dalam berbasikal malah juga begitu sinonim dengan sukan berkuda.

"Sultan Mizan Zainal Abidin adalah merupakan Sultan yang sangat meminati sukan berkuda.

"Di Terengganu sendiri kita memiliki kemudahan yang bertaraf internasional ataupun antarabangsa untuk sukan berkuda ini," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui pihak media di pejabatnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Perlumbaan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan pada tahun ini, turut diadakan pada 12 sehingga 14 Oktober depan.

Justeru, beliau menyeru kepada orang ramai agar memberikan sokongan kepada sukan yang menjadi 'sunnah nabi' itu.

"Dengan adanya pertandingan sebegini dapat lagi menyemarakkan sukan berkuda dan menjadikan sukan tersebut sebagai sukan yang akan disertai oleh orang ramai di kalangan rakyat Terengganu," tambah beliau.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget