NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukah anda Gaza diserang lagi semalam?


Saya duduk di Malaysia baru satu minggu pun saya dah dapat rasa kenapa isu Palestin dan Gaza ni jauh sangat dengan kita.

Yelah, pagi kita bangun siapkan anak nak pergi sekolah dan kelam-kabut takut lewat ke kerja.

Petang balik, sekat dalam 'traffic jam' dah rasa kita ni yang paling malang dan tension tak dapat tempat kerja dekat dengan rumah.

Malam lepas Maghrib sibuk buka facebook dan insta cari hari ni nak makan kedai mana, test menu baru apa.

Balik nak duduk tengok tv kejap sambil kecam sini-sana.

Maaf sangatlah Gaza!


Aku mengerti mengapa umat tak punya masa untuk engkau!

Sebab peduli Gaza bagi kita yang jauh dan selesa, hanya kemahuan bukan keperluan.

Saya pun, kalau tak berlaku letupan dekat dengan rumah semalam, kalau tak kerana ada isteri dan empat anak di sana, barangkali turut tak merasa apa-apa.

Sampaikan kita tak tahu, semalam Gaza kena serang berderu-deru, 3 orang syahid termasuk seorang ibu mengandung dan anaknya Bayan, setahun setengah.

Oh ye, gambar tu bukan gambar anak tu main sorok-sorok.

Itu gambar dia cuba menyorok bila dengar letupan bom dekat dengan rumahnya.

Kesian.

Tapi saya lebih kasihankan diri kita.

Jauh sangat dah kita dengan hadis Rasulullah S.A.W, bila satu bahagian badan rasa sakit, seluruh badan rasa lelah dan tenat.

Betul kan?

Kongsikan, supaya terketuk sikit hati-hati kita šŸ˜ŖšŸ˜“

(Sumbang ke akaun rasmi NGO Persatuan Cinta Gaza Malaysia Maybank 5648 1050 7826 agar kalau ada perkembangan yang semakin teruk di sana, kita bersedia untuk membantu)

#savegaza
#yaAllahselamatkankeluargaku
#jomderma

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo