NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'SST itu Senyap-Senyap Tambah'


WAKIL pembangkang menyifatkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan kerajaan, turut membawa maksud 'Senyap-Senyap Tambah'.

Dengan nada bersahaja, Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) menggunakan ungkapan itu bagi memulakan perbahasan Perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Perkhidmatan 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

"SST ini boleh kita anggap sebagai 'Senyap-Senyap Tambah'.

"Kalau di luar sana, anak muda kata 'Slow-Slow Tipu'," katanya sambil disambut gelak tawa Ahli Parlimen lain.

Ahmad memberi contoh, cukai perkhidmatan enam peratus akan menyebabkan premis dan restoran makanan segera mengaut untung berganda kerana sudah mengenakan cukai jualan 10 peratus.

"Kesannya, pengguna perlu menanggung keseluruhan cukai 16 peratus bagi setiap produk dan perkhidmatan," katanya.

Beliau turut mencadangkan pusat kasino, premis loteri, mesin perjudian dan pertaruhan dikenakan cukai perkhidmatan sehingga 30 peratus.

"Mengapa hanya enam peratus? Patut dikenakan lebih daripada itu, malah kalau boleh, tutup terus lagi bagus," katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya bersedia kerana harga kad prabayar telefon bimbit dijangka meningkat selepas cukai jualan dilaksanakan.

"Saya harap masyarakat akan membantu kami menggunakan media sosial untuk menghentam kerajaan PH kerana harga kad prabayar anda naik," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo