NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR umum tarikh PRK Seri Setia hari ini



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan bermesyuarat esok bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood.

“SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRK DUN N.32 Seri Setia, Selangor pada 8 Ogos 2018,” kata kenyataan Unit Komunikasi Korporat suruhanjaya itu.

Mesyuarat yanga akan diadakan di Dewan Serbaguna , Menara SPR di Persint 2, Putrajaya itu dijadualkan bermula pada pukul 10 pagi disusuli sidang media dua jam kemudian untuk pengumuman tarikh PRK Seri Setia.

Pada Jumaat lalu, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar memaklumkan SPR telah menerima notis kekosongan kerusi DUN berkenaan daripada Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim.

Notis kekosongan itu dikeluarkan berikutan kematian Prof Dr. Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/08/07/spr-umum-tarikh-prk-seri-setia-esok/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo