NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Solidariti Mangsa Rogol Siswi Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi
Kami daripada SIGMA Sarawak menyuarakan solidariti berikutan dengan isu cubaan merogol mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) oleh pegawai keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan para pelajar tetapi bertindak sebagai seorang ‘penjenayah’ yang melampau.

Tanggal 15 Julai 2018, satu tragedi hitam berlaku dan telah mencalit sejarah gelap buat mangsa berlaku di Kolej Kediaman Tun Mustapha UMS pada jam 12.30 tengah malam. Mangsa telah dicekik, dipukul dan ditampar sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal dan dicabul kehormatan menyebabkan mangsa mengalami trauma serta berhenti belajar serta merta di UMS. 

Kes jenayah ini mendapat perhatian masyarakat luar serta membangkitkan kemarahan apabila terdapat cubaan untuk tidak membawa isu sebegini ke muka pengadilan daripada pihak universiti dengan alasan untuk menjaga nama baik universiti.

SIGMA Sarawak tegas menyatakan pendirian kami bahawa tindakan daripada pihak pentadbiran universiti sangat tidak adil dan mengadakan soladiriti untuk mangsa. Universiti merupakan institusi yang melahirkan modal insan yang akan menjadi generasi pembangun negara maju yang sesuai dengan ketamadunan akhlak seiring kemajuan negara. Hak pelajar perlu disuarakan dan dibela sebaik-baiknya.

Semoga keadilan berpihak kepada mangsa.

Istiqamah Bersama Islam

Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sarawak Sesi 2018/2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo