NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Senator cadang pilihan raya untuk anggota Dewan Negara



Senator Pakatan Harapan (HARAPAN) Dr Mohd Nor Monutty hari ini mencadangkan agar senator dipilih oleh rakyat sebagai usaha jangka panjang untuk memperkasakan Dewan Negara.

Mohd Nor mencadangkan agar pilihan raya bagi memilih senator diadakan dalam lima hingga 10 tahun.

Katanya, ia akan membolehkan rakyat turut serta dalam proses demokratik dan calon terbaik akan dipilih mewakili mereka di Dewan Negara.

Mohd Nor juga menggesa kerajaan mengkaji cadangan itu dalam tempoh lima tahun pentadbiran.

"Pilihan raya senator ini telah pun diadakan di negara-negara seperti AS dan Australia. Kita melihat Dewan Negara mereka lebih efektif dalam
menjadi mekanisme semak dan imbang," katanya kepada Malaysiakini.

Selain itu, Mohd Nor juga menggesa agar kerajaan menubuhkan jawatankuasa pelantikan bagi melantik senator buat ketika ini.

"Jawatankuasa itu akan diwakili oleh perdana menteri, Yang Dipertua Dewan Negara dan ahli-ahli Dewan Negara.

"Jawatankuasa ini akan menyemak dan menilai supaya ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik akan betul-betul menurut standard yang dikehendaki," katanya.

Menyentuh mengenai isu tempoh perkhidmatan anggota Dewan Negara, kata Mohd Nor, tempoh maksimum enam tahun adalah terlalu pendek dan tidak memberi peluang yang luas kepada senator untuk berkhidmat.

"Oleh itu, kita perlu menambah tempoh perkhidmatan senator, saya cadang paling kurang supaya ditambah daripada tiga tahun kepada lima tahun untuk penggal pertama, dalam satu penggal," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo