NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SeIPTI 2018 himpun cendekiawan 4 universiti islam asia tenggara


NILAI - Dengan mengenengahkan konsep ‘Barakah’ sebagai tema seminar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menjadi tuan rumah dalam penganjuran Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam (SeIPTI) 2018 kali yang ke lima.
Program akan berlangsung selama dua hari bermula 25 hingga 26 November 2018, merupakan satu seminar tahunan yang dikoordinasikan oleh empat buah Universiti Islam di Asia Tenggara iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Malaysia, Universitas Darussalam (UNIDA) Gontor Indonesia, Universitas Islam Sultan Syarif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam dan Universiti Fatoni, Thailand.

SeIPTI2018 bukan sahaja memberi peluang kepada ahli akademik USIM malah dari peringkat Asia Tenggara amnya, serta para penyelidik, pelajar pasca-siswazah, para pentadbir, pengamal media, agensi-agensi Kerajaan dan NGO yang berminat dalam bidang pembangunan pendidikan tinggi Islam untuk membincangkan isu-isu yang dihadapi seterusnya mencari resolusi terbaik dalam usaha mengeratkankan jaringan intelektual serta penyelidikan serantau. Ini selaras dengan tema penuh SeIPTI2018 iaitu Merintis Kampus Barakah dalam Institusi Pengajian Islam Global.


Selain konsep Barakah, USIM juga membawa kelainan dengan mengenengahkan elemen Kepemimpinan Berdasarkan Qalbu untuk diperkenalkan dan dihayati oleh semua peserta terutamanya kepada tiga rakan strategik UNIDA, UNISSA dan Universiti Fatoni. Dengan menjemput tokoh-tokoh kepemimpinan dalam pendidikan tinggi, USIM percaya penganjuran SeIPTI kali ini akan mengupas lebih banyak isu kepemimpinan pendidikan tinggi yang bersifat global dalam usaha memartabatkan sektor pendidikan tinggi Islam khususnya.

Kepada peserta di kalangan pelajar dan pendidik sektor kerajaan dan swasta yang berminat untuk sertai boleh layari http://seipti2018.usim.edu.my/ untuk butiran lanjut. 



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo