Sabah: KM pastikan penurunan kuasa semula diberikan


KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri akan memastikan penurunan kuasa semula diberikan oleh Kerajaan Pusat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pada masa sama, royalti minyak sebanyak 20 peratus yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini juga akan menjadi antara keutamaan Kerajaan Negeri.

"Bayaran royalti minyak hendaklah diselaraskan dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto.

"Justeru itu, Kerajaan Negeri akan memastikan Sabah akan mendapat "the best deal" seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya ketika menjawab soalan Datuk Jahid Jahim (PBS-Tamparuli) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata antara tindakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah penubuhan beberapa kementerian negeri yang baharu seperti Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Kementerian Pendidikan dan Inovasi dan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

Beliau berkata penubuhan kementerian itu menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri yang baharu dalam melaksanakan tanggungjawab berkaitan undang-undang, khususnya yang berhubung kait dengan anak negeri dan seterusnya, memberi kuasa Kerajaan Negeri dalam bidang berkaitan kesihatan dan pelajaran.

Mohd Shafie turut memberitahu tuntutan yang dikemukakan Kerajaan Negeri selaras dengan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), MA63 dan Perlembagaan Persekutuan.

Antaranya memohon semakan semula hasil daripada gas dan minyak yang diterima Sabah, pembayaran tunai petroleum bukan sahaja dikaji semula tetapi dinaikkan, dan 'Borneonisation' iaitu kedudukan dalam jabatan dan agensi Persekutuan di Sabah yang mana kira-kira 90 peratus diketuai anak negeri Sabah sendiri.

Mohd Shafie juga berkata Kerajaan Negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai olehnya berkaitan tuntutan hak Sabah selaras dengan MA63. –Bernama
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget