NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Seri Setia: PAS yakin tiada undi protes


ALOR SETAR - PAS yakin tidak wujud undi protes mahupun sabotaj kalangan ahlinya yang didakwa bakal memberikan undi senyap kepada calon Pakatan Harapan (PH) di PRK Dun Seri Setia.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kemelut yang digembar-gemburkan berlaku dalam Pas Selangor sebelum PRU14 hanya ibarat ‘sakit demam PRU’ dan sudah pun berakhir.

Menurutnya, PRK yang akan berlangsung pada 8 September adalah PAS baharu yang lebih mantap untuk berdepan saingan pilihan raya.

“Jika ada pihak dakwa undi senyap PAS berpihak kepada calon lawan, saya percaya apa yang disebut itu hanya sebahagian kempen pilihan raya semata-mata bagi menunjukkan calon PH beroleh sokongan setempat,” katanya selepas merasmikan Konvensyen PAS Kedah, tadi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo