NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK: Pembangkang kena menang untuk semak, imbang



SHAH ALAM, 14 Zulhijjah 1439H, Ahad – Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim menegaskan, kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia dan Balakong amat penting bagi memastikan ada unsur 'semak dan imbang' terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau berkata, walaupun cuma seorang wakil pembangkang yang dipilih, namun ia membawa makna yang signifikan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi memastikan negeri ini dipandu dan dibawa ke arah jalan yang benar serta berintergriti.

"Isu-isu membabitkan kepentingan rakyat dan Islam sering berlaku di Selangor, maka ADUN pembangkang khasnya daripada PAS mampu memainkan peranan menjadi wakil kepada kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia amnya.

"Sebagai contoh Selangor adalah negeri paling kaya di negara ini, sudah tentu ia menjadi lubuk emas bagi sesetengah ahli politik yang berkepentingan kebendaan untuk merebut habuan kekayaan daripada menjadi pemegang amanah rakyat.

"Kekhuatiran sikap sebegini akan dipantau dan disemak secara telus dan proaktif oleh ADUN PAS selaku sebahagian pembangkang agar salahlaku ini tidak mengambil tempat secara rakus di Selangor," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kerusi DUN Balakong kosong apabila penyandangnya, Eddie Ng, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu.

Manakala, kerusi DUN Seri Setia pula diadakan selepas penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia akibat barah usus pada 2 Ogos lalu.

PAS akan diwakili Dr Halimah Ali dan PKR pula mempertaruhkan bekas Ahli MBPJ, Halimey Abu Bakar, sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di PRK DUN Seri Setia.

PRK Balakong pula bakal menyaksikan pertembungan antara calon PH daripada DAP, Wong Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong, yang pertama kali menggunakan simbol sendiri.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/08/26/prk-pembangkang-kena-menang-untuk-semak-imbang/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo