PRK Kandis: Gabungan Pembangkang Gagal Menyekat Pengaruh PH


Penurunan jumlah keluar mengundi dalam PRK adalah normal, namun agak mengejutkan kerana kadarnya adalah terlalu rendah. Faktor2nya:

(1) jarak PRK dgn PRU yg sangat rapat iaitu kira2 dua bulan lebih, pengundi kurang ghairah utk.turun mengundi

(2) Pengundi menganggap PRK ini tidak mengubah keadaan, kerana PH terlalu kuat dalam DUN dan Sg Kandis adalah kubu kuat PKR

(3) Pengundi berfikir kemenangan sudah dalam tangan PKR. Pengundi yg bekerja atau berada di luar kawasan tidak mengambil serius PRK ini

Keputusan semalam menunjukkan:

(1) Pengaruh PH/PKR tidak terjejas, malah bertambah kuat

PH berjaya mempertahankan DUN Sg Kandis dengan peratusan undi lebih tinggi:

Dalam PRU ke-14 lalu,
PH/PKR mendapat 23,998 undi (55.60%)

Namun pada PRK 2018 ini, PKR mendapat 15,427 (61.44%). Ini menunjukkan peratusan undi yg meningkat.

(2) Gabungan/kerjasama BN/PAS tidak mampu melonjakkan kuasa pembangkang utk menyaingi PH.

Dalam PRU ke-14 lalu, BN mendapat 11,518 (26.68%) sementara
PAS 7,573 (17.54%)

Namun dalam PRK 2018, BN yg disokong PAS hanya mendapat
BN 9,585 (38.17%), iaitu kurang dari peratus gabungan antara undi BN dan PAS.

Kesimpulan:
Meskipun BN/PAS mengasak PH dgn isu2 yg "luarbiasa" termasuk isu2 perkauman dan agama, sokongan rakyat kepada PH nampaknya tidak terjejas.

Gabungan/kerjasama tak rasmi antara BN/PAS juga menimbulkan seribu persoalan dari segi keberkesanannya dan juga penerimaan akar umbi dari kedua parti.

Dr. Mazlan Ali
5 Ogos 2016
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget