PRK Balakong: Wong sah calon DAP


DAP mengumumkan Ahli Majlis Subang Jaya Wong Siew Ki sebagai calon untuk pilihan raya kecil (PRK) Balakong.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bersama Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pada sidang media di ibu pejabat DAP.

Kerusi Balakong kosong selepas ADUN penyandang selama dua penggal, Eddie Ng meninggal dunia pada 20 Julai lalu akibat kemalangan jalan raya.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, Ng menewaskan dua pencabarnya Lim Chin Wah (BN) dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS) dengan majoriti 35,538 undi.

Penamaan calon akan diadakan 18 Ogos dan pengundian akan diadakan pada 8 September ini.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget