PRK Balakong, Seri Setia serentak


PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong, hari mengundi 8 September, penamaan calon 18 Ogos, kata Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, berkata hari mengundi ditetapkan pada 8 September, penamaan calon pada 18 Ogos dan hari mengundi awal pula ditetapkan pada 4 September.

“Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 21 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam 7 September.

“PRK DUN Seri Setia dan DUN Balakong dibuat serentak bagi memudahkan urusan semua pihak termasuk segi logistik, keselamatan dan kemudahan petugas,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas bagi PRK berkenaan di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

TARIKH-TARIKH PENTING URUSAN PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DUN N.32 SERI SETIA, SELANGOR.

SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting bagi urusan PRK DUN N.32 Seri Setia adalah seperti berikut:

Tarikh Keluar Writ Pilihan Raya : 8 Ogos 2018 (Rabu)

Tarikh Hari Penamaan Calon : 18 Ogos 2018 (Sabtu)

Tarikh Hari Undi Awal: 4 September 2018 (Selasa)

Tarikh Hari Mengundi : 8 September 2018 (Sabtu).

Tarikh mula semakan dan jualan Daftar Pemilih : 16 Ogos 2018 (Khamis)

Tarikh buka dan tutup permohonan undi pos (dalam dan luar negara) :

Tarikh buka: 8 Ogos 2018 (Rabu)

Tarikh tutup : 18 Ogos 2018 (Sabtu)

Tarikh tutup permohonanan sebagai pemerhati tempatan : 13 Ogos 2018 (Isnin)
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget