NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Balakong: PAS terbuka berkerjasama dengan mana-mana pihak tapi bersyarat



KOTA BHARU - Dewan Pemuda PAS sentiasa terbuka menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam PRK Balakong, kata Naib Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari.

Ahmad Fadhli, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata bagaimanapun kerjasama itu hanya boleh berlaku tanpa pas menggadaikan prinsip perjuangannya.

"Sejarah PAS, kita tidak menolak untuk sebarang kerjasama tetapi dengan syarat tidak mengadaikan prinsip yang telah di tetapkan dalam Perlembangaan PAS.

"Jadi selagi pihak lain boleh menerima prinsip Pas yang meletakkan Islam sebagai agenda utama maka kita tidak ada masalah untuk bekerjasama tetapi dalam masa yang sama kita menyerahkan isu ini kepada majlis mesyuarat pas Pusat kerana keputusan ini melibatkan soal dasar," katanya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Ahmad Fadhli mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Ahad lepas yang dilaporkan berkata, partinya terbuka bekerjasama dengan kesemua parti-parti pembangkang termasuk Pas dalam PRK berkenaan.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Balakong kosong apabila penyandangnya, Eddie Ng, maut dalam kemalangan di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga, pada 20 Julai lepas.

Pada PRU14 lalu, Ng mewakili DAP menewaskan calon BN Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (Pas) dengan majoriti 35,538 undi.

Ng memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230).

Ahmad Fadhli turut melahirkan keyakinan MCA akan memberi kerjasama kepada pas pada PRK Seri Setia jika kerjasama dapat dijalinkan dalam PRK Balakong. - Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo