NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Balakong: Medan Pertembungan MCA Dan PH


BANGI, 18 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 Sept ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) dan MCA. 

PH yang buat pertama kali menggunakan logonya menampilkan pemimpin muda wanita daripada parti gabungannya DAP Wong Siew Ki manakala MCA mempertaruhkan ahli perniagaan Tan Chee Teong.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam satu kemalangan jalanraya 20 Julai lepas.

Keputusan pencalonan diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Balakong Datuk Rosli Othman kira-kira 10.30 pagi di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, di sini. 

Proses pencalonan yang berlangsung selama satu jam ditutup pada pukul 10 pagi Sabtu, 18hb Ogos, 2018.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo