NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Balakong: MCA yakin bertanding, PAS belum ada keputusan

PETALING JAYA: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yakin Barisan Nasional akan meletakkan calon partinya pada pilihan raya kecil DUN Balakong September ini.

Wee berkata keputusan rasmi gabungan itu akan diputuskan minggu ini.

"Secara tradisinya kerusi DUN itu akan ditandingi oleh MCA," katanya.

Kerusi DUN Balakong kosong selepas penyandang, Ng Tien Chee dari DAP, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Cheras–Kajang 20 Julai lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 18 Ogos dan hari mengundi pada 8 September.

Pada pilihan raya umum lepas, Pakatan Harapan menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 35,538 undi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa mengesahkan BN belum memutuskan parti dan calon yang akan bertanding.

"Akan diumumkan nanti," katanya.

Dalam pada itu, PAS juga belum memutuskan sama ada ia akan meletakkan calon.

"Sabtu ini akan keluarkan kenyataan. Di peringkat negeri sudah buat keputusan tetapi PAS Pusat akan putuskan," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Roslan berkata PAS kemungkinan akan memberi sokongan kepada parti pembangkang jika ia tidak bertanding.

"Kita bantu untuk memperteguh jentera pembangkang. Mungkin kerjasama PAS dan BN masih baru tetapi satu permulaan yang baik dan lebih matang," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo