PM ke 8: Anawar tetap Pengganti Dr Mahathir?


KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak ada langsung alasan atau wasangka untuk mempertikai hal berkaitan dengan janji Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa akhirnya dalam tempoh sekitar dua tahun, jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepadanya.

"Manusia cuma mampu berikhtiar. Akhirnya bertawakal kepada Allah SWT. Kita ada perjanjian yang bertulis dan Tun Dr. Mahathir berulang kali menyebut," katanya.

"Saya lihat dalam kalangan rakan-rakan dalam PH sudah sepakati dan pembangkang pun nampak faham begitu," katanya lagi.

Justeru, Anwar berkata beliau harus mengambil langkah teliti.

"Langkah pertama adalah menjadi ahli Parlimen. Untuk berapa lama, saya tidak rasa terdekat atau terdesak," katanya dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia, Ahad.

"Saudara lihat saya lebih tenang dan rileks. Sejak mengambil alih jawatan ini, tidak ada masa lagi dah untuk duduk di Turki berminggu-minggu untuk rawatan. Perkara-perkara itu tidak mungkin berlaku. Jadi berilah ruang itu dengan baik supaya peralihan itu berlaku dengan baik," katanya lagi.

"Yang penting keamanan dan transisi itu walaupun ada orang menegur tentang beberapa kelemahan. Saya akui dan saya tidak menafikan beberapa kelemahan yang harus kita tangani dan baiki," katanya.

Dr Mahathir dalam temu bual dengan akhbar nasional awal Jun lalu mengulangi pendirian bahawa Anwar merupakan penggantinya nanti.

Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu. "Anwar Ibrahimlah akan mengganti saya," katanya. –Sarawakvoice
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget