NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR: Anwar Kini Bakal Presiden  


Keputusan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR sekaligus mengambil alih jawatan tersebut daripada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sehingga penerimaan borang pencalonan ditutup pukul 5 petang Ahad hanya Anwar mengemukakan borang pencalonan sebagai Presiden PKR.

Ia ekoran Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri tidak mempertahankan jawatan itu.

Keputusan Azmin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden sekaligus seperti membuktikan beliau setia kepada kepimpinan Anwar.

Azmin bakal ditentang oleh Rafizi Ramli yang turut menyerahkan borang pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.

Sebelum ini Azmin yang dilihat dipengaruhi Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan mencabar jawatan utama parti itu bagi memastikan kedudukannya yang dilihat sebagai calon Perdana Menteri pilihan Pengerusi PPBM itu.

Sementara itu 10 calon menyerahkan borang bagi bertanding jawatan Naib Presiden iaitu William Leong, Micheal Tamil, Nurul Izzah Anwar, Xavier Jayakumar, Tian Chua, Datuk Johari Abdul, Kesavan Subramaniam, Prof Datuk Dr G. Balasubramaniam, Zuraida Kamaruddin dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Bagi jawatan Ketua AMK pula menyaksikan pertandingan antara Akmal Nasir, Najwan Halimi dan Dr Afif Bahardin.

Jawatan Timbalan AMK pula antara Naqiuddin Nazrin, Mohd Hilman Idham dan Raymond Ahuar.

Ketua Wanita PKR antara Haniza Talha dan Fuziah Salleh. Manakala Timbalan Wanita PKR antara Daroyah Alwi dan Rodziah Ismail.






Wartawan Watan-Online 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo