NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perbahasan Rang Undang-Undang GST v SST



Oleh: Oleh Sdr Hafiz Mansor, AJK Pemuda PAS Batu

1. Sejujurnya perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) adalah suatu perbahasan yang "sukar" kepada PAS di Dewan Rakyat.


2. Sukar bukan kerana kesukaran untuk memahami perjalanan mekanisma kedua-dua cukai. Sukar juga bukan kerana kesukaran meletakkan pendirian terhadap kedua-duanya.

3. PAS meletakkan pendirian yang jelas terhadap kedua-dua sistem. Menolak perlaksanaan GST yang sememangnya menjadi pendirian sekian lama, begitu juga sistem SST 2.0 yang tidak kurang lebih sama bentuk cukai kepenggunaannya.

4. Justeru, ramai yang tidak berpuas hati dengan pendirian PAS. Apakah PAS tidak melihat keperluan sistem pencukaian bagi menampung pendapatan negara?

5. Sudah tentu ya, cuma PAS memperkenalkan suatu bentuk cukai alternatif bukan lagi GST dan SST. Di situlah "kesukaran" yang dihadapi oleh PAS tadi. Mengapa?

Pertama, kerana pendirian PAS terkeluar dari perbahasan semasa GST mahupun SST.

Kedua, kerana PAS bergerak ke arah memperkenalkan suatu sistem cukai yang di luar kebiasaan.

Ketiga, kerana Cukai Saham dan Cukai Simpanan Korporat (boleh dirujuk manual pengiraan JAWHAR) tiada model rujuk yang boleh dilihat perlaksanaannya secara dekat.

7. Pendirian itu bertitik tolak dari prinsip pencukaian :

i. Mengambil dari lebihan kekayaan dan kekayaan tidak ganjak (idle resource)

ii. Pusingan kekayaan (circulation of wealth)

iii. Tidak memberi beban kepada golongan M40 mahupun B40

8. Di sini kesukaran yang dihadapi oleh PAS. Namun, sekurang-kurangnya PAS telah menyuarakan prinsip Islam dalam pencukaian dan alternatifnya kepada rakyat.

9. Saya optimis walaupun perbincangan tentang cadangan pencukaian ini masih terpencil pada waktu ini. Tidak mudah untuk keluar dari kerangka pemikiran yang digunapakai hari ini. InsyaAllah, masa akan menentukannya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo