Pembelian Splash dengan harga RM2.55 Billion, Tan Sri Khalid Ibrahim wajar jadi calon PAS di PRK Seri Setia



PEMBELIAN SPLASH DENGAN HARGA RM2.55 BILLION. TS KHALID IBRAHIM WAJAR JADI CALON PAS DI PRK DUN SERI SETIA.

Mohd Puad Zarkashi
4.8.2018

Sahlah pendedahan akhbar The Strait Times Singapore sebelum ini, iaitu Kerajaan Selangor akan membeli SPLASH dengan harga RM2.55 Bilion. Sebelum ini Azmin berdolak dalik apabila perkara ini dibangkitkan oleh DS Najib mantan PM Malaysia.

Isunya kenapa terlalu mahal? RM2.55 Bilion jauh berbeza dengan harga yang dicadangkan oleh bekas MB Selangor TS Khalid Ibrahim iaitu RM250 Juta.

Cukup jelas amalan “double standard” Kerajaan PH. Projek lain seperti MRT3 dan HSR ditangguh dan dikaji semula atas alasan kononnya mahal. Tetapi kenapa pembelian SPALSH yang mahal gila tidak ditangguh dan dikaji semula. Kenapa nampak terburu buru. Menurut akhbar The Strait Times Singapore lagi, Kerajaan Pusat akan bayar RM1.9 Bilion manakala baki RM650 Juta akan di bayar berperingkat selama 9 tahun oleh Pengurusan Air Selangor. MB Selangor mendakwa Kerajaan Selangor tidak keluar duit sesen pun. Maksudnya sahlah pendedahan akhbar The Strait Times Singapore iaitu Kerajaan Pusat yang akan bayar.

Satu lagi isu besar, Pengerusi SPLASH ialah TS Wan Azmi. Dia menguasai saham SPLASH sebanyak 30 peratus. Nampaknya dia yang untung. Dia adalah kroni Tun Daim. Maka apakah pengaruh Tun Daim sebagai Pengerusi Council of Eminent Person (CEP) mempengaruhi segala urus niaga yang sebegini cepat. Apakah Tun Daim mengambil peluang jadi Pengerusi CEP untuk tujuan perniagaan bukan untuk membina Malaysia Baru yang dijanjikan? Apakah betul Tan Seri Wan Azmi adalah pengasas bersama Parti Peribumi? Mana SPRM, tolong siasat.

Justeru memang wajar TS Khalid Ibrahim menjadi calon PAS di PRK Seri Setia nanti. TS Khalid yang lebih memahaminya boleh menjadikan isu ini sebagai bahan kempen utama. Dan PRK Seri Setia boleh menjadi medan kepada pembangkang melipat gandakan usaha untuk mendedahkan amalan double standard, ketidak telusan dan kroni oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget