Pembangkang kuat boleh tambah baik kerajaan PH



Sebuah kerajaan yang kuat memerlukan pembangkang yang kuat.

Di kempen PRK Seri Setia dan Balakong, PAS akan berkempen untuk menarik rakyat untuk menguatkan barisan pembangkang di Selangor demi kesuburan demokrasi dan juga menambah suara semak dan imbang di DUN Selangor yang dikuasai 90% oleh PH.

Oleh itu, kekalahan PH di dua PRK bakal menjadi pemangkin kepadanya untuk berusaha melaksanakan manifestonya tanpa leka, dan yang untung pada akhirnya ialah rakyat Malaysia dan negara.

PAS juga mengalu-alukan pengakuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan telah terlebih menabur janji untuk memenangi pilihanraya dan mengaku bahawa PH hanya sekadar berjaya menunaikan 21 daripada 60 janji manifestonya (35%) di dalam pencapaian 100 hari.

Ini adalah satu permulaan yang baik kepada politik baru yang bersifat lebih jujur dan rendah diri dalam menghadapi kegagalan dan kelemahan sendiri daripada sikap suka menegakkan benang yang basah seperti yang diamalkan kerajaan yang lalu.

Meskipun di dalam konteks perlaksanaan 100 hari, PH hanya sekadar mampu menunaikan 3 daripada 10 janjinya kepada rakyat, PAS percaya jika PH ikhlas dan tekad untuk menunaikan janjinya, kesemua janji akan dapat melaksanakannya meskipun ada perkara di dalam manifesto PH yang PAS tetap tidak bersetuju.

PAS tidak pernah mengharapkan PH gagal menunaikan janji-janjinya kerana kegagalan itu hanya membawa kesengsaraan kepada rakyat dan juga negara. PH memerlukan pembangkang yang kuat bagi memastikan mereka tidak leka daripada menunaikan janji mereka kepada rakyat.

Sebagai pembangkang, PAS perlu memainkan peranannya sebagai semak dan imbang kepada kerajaan, menyokong bilamana agendanya baik kepada rakyat dan Islam, membantah bilamana ia tidak dan memberikan kritikan supaya ia dapat berubah sebelum terlambat.

Diharap demokrasi negara akan menjadi matang sekiranya semua parti politik dapat saling menasihati dan mengkritik bukan untuk menjahanamkan pihak lain tapi demi membawa yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Kepada para pengundi Seri Setia dan Balakong, berilah undi untuk menguatkan pembangkang di PRK Seri Setia dan Balakong dan inshaAllah seluruh rakyat akan mendapat manfaat daripada keputusan itu.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli Parlimen Kubang Kerian
Timbalan Presiden PAS
18 Ogos 2018
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget